Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Mengurangkan Simptom PMS

Umumnya, tiada satu pun rawatan khusus dan mujarab bagi merawat simptom ‘Premenstrual Syndrome’ (PMS). Namun, terdapat banyak kaedah terapi yang boleh digunapakai bagi melegakan simptom tersebut, meskipun dalam mencari rawatan yang sesuai dengan diri mungkin mengambil masa.

Perihal diet dan nutrisi merupakan satu gabungan yang sangat baik dalam membantu melegakan simptom PMS. Pendekatan ‘semulajadi ‘ ini dikatakan dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap tubuh yang sedang mengalami symptom PMS. Begitu juga dengan gaya hidup seharian. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengawal simptom PMS

1) Senaman

exercise 2

 

Melakukan senaman secara konsisten telah terbukti dapat mengurangkan pelbagai simptom PMS yang menyakitkan. Senaman juga boleh membantu terutamanya dalam melawan kemurungan, dan ia juga membantu melegakan keletihan, ketegangan saraf, kebimbangan, mudah marah, sakit kepala dan juga kekejangan.

Selain itu, senaman aerobik juga membantu melancarkan sistem peredaran darah dan jantung. Tambahan pula, melakukan sukan berat dipercayai boleh meningkatkan rembesan otak terhadap endorphin tertentu yang mana akan menghasilkan rasa riang dan senang hati.

2) Pengurusan Stress

stress

Umumnya, tidak semua stress memberi kesan yang buruk dalam kehidupan seseorang. Malah stress perlu diurus sebaiknya supaya stress tersebut tidak menjadi sesuatu yang membebankan kepada diri sendiri terutama bagi mereka yang mengalami simptom PMS.

Wanita yang mengalami simptom PMS harus belajar mengawal stress yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana, stress (secara fizikal mahupun emosi) akan memberi kesan kepada hipotalamus yang mengawal kitaran haid dan menyebabkan turun naik hormon yang memburukkan lagi keadaan simptom PMS.

Jika anda mengalami stress yang berpanjangan, tingkatkan pengambilan vitamin B dan C kerana vitamin tersebut boleh menghilangkan tekanan stress yang dialami. Malah, teknik relaks, psikoterapi, mandi air panas, juga boleh membantu anda untuk berasa lebih relaks.

3) Pengawalan Berat Badan

weight

Mempunyai berat badan yang berlebihan cenderung untuk mengalami simptom PMS. Tisu lemak yang berlebihan boleh menyebabkan badan menghasilkan hormon estrogen yang lebih berbanding yang diperlukan dan keadaan ini akan mengganggu tahap hormon anda dan membawa kepada simptom PMS.

Malah kebanyakan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan serta mengalami simptom PMS adalah mereka yang sering tewas setiap kali berhadapan dengan keinginan terhadap makanan manis dan hal tersebut memburukkan lagi keadaan simptom PMS yang dialami.

Jika anda mengalami berat badan berlebihan, lakukan senaman dan amalkan diet yang penuh nutrisi serta hilangkan lemak yang berlebihan. Utamakan pengambilan nutrisi yang betul dalam pada anda ingin mengurangkan kalori.

4) Sediakan Kalendar

calender

Sediakan kalendar bagi simptom yang anda hadapi setiap kali mengalami PMS dari hari ke hari sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 kali haid atau lebih. Tindakan ini amat membantu bagi mengenalpasti kategori PMS dan cara merawat.

Rekod setiap simptom PMS yang dialami sama ada dari segi fisiologi mahupun psikologi supaya anda boleh tahu masa bila anda bebas daripada PMS dan masa bila anda mengalami PMS. Ini juga penting supaya anda boleh menjangka simptom mana yang akan dialami kelak dan untuk merancang cara bagaimana mengatasi simptom serta melakukan perubahan bagi mengelakkan simptom tersebut berulang

5) Mendapatkan Bantuan ‘Profesional’ Jika Perlu

doctor

Terdapat sebahagian wanita yang mana hanya dengan melakukan pendekatan ‘semulajadi’ seperti diet, nutrisi serta gaya hidup sudah cukup membantunya mengatasi simptom PMS. Namun sekiranya segala cara tersebut tidak membantu anda, maka anda tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Seorang doktor yang berwibawa akan bermula melalui sejarah perubatan anda dan membuat pemeriksaan yang lengkap untuk menolak sebarang kemungkinan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge