Amal 7 Vitamin Dan Mineral Ini Bantu Legakan Simptom PMS

Kebanyakan wanita yang mengalami Premenstrual Cycle (PMS) ketika pra haid seringkali mengalami masalah pemakanan yang kurang baik serta kekurangan terhadap nutrisi. Bagi mengatasi kekurangan nutrisi tersebut, pengambilan beberapa vitamin dapat membantu. Maka tidak hairanlah jika bagi sesetengah wanita mengatakan bahawa simptom PMS mereka berkurangan setelah mengambil beberapa vitamin. Antara vitamin tersebut ialah..

1) Kalsium

calcium

Pengambilan kalsium yang lebih tinggi memberi kesan yang baik terhadap kebanyakan simptom PMS seperti insomnia, gemuruh, kekejangan otot, kejang perut dan sakit di bahagian pelvis. Walaubagaimanpun kebanyakan wanita di Malaysia tidak mengambil kalsium dengan jumlah yang secukupnya. Pengambilan kalsium yang baik hendaklah sekitar 1500mg sehari.

Susu dan produk tenusu adalah sumber makanan kalsium yang baik. Namun, penggunaan terhadap produk ini menurun kerana kebanyakan wanita percaya bahawa ia boleh menggemukkan dan sesetengah wanita pula mengalami alergi makanan dan inteloransi laktosa (masalah penghadaman di mana badan tidak mampu untuk menghadamkan laktosa, iaitu sejenis gula terutamanya yang terdapat dalam susu dan produk tenusu)

Kajian terbaru di Pusat Perubatan Columbia Presbiterian di New York menunjukkan bahawa wanita yang mengalami PMS mempunyai ketumpatan tulang yang rendah berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Ini menunjukkan bahawa wanita yang mengalami PMS hendaklah mengambil kalsium yang lebih tinggi.

2) Magnesium

magnesium

Kajian yang dilakukan oleh Dr Guy E. Abraham dan Dr Micheal M. Lubran menunjukkan wanita yang mengalami PMS memerlukan magnesium yang lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tahap magnesium yang rendah boleh mengakibatkan beberapa simptom PMS yang biasa seperti retensi cecair, kembung perut, gemuruh dan perubahan emosi.

Bagi yang mempunyai keinginan terhadap coklat semasa PMS mungkin adalah tanda bahawa anda kekurangan magnesium kerana coklat kaya dengan magnesium. Namun, perlu diingat bahawa coklat juga turut mengandungi kafein yang mana akan menyebabkan simptom PMS menjadi lebih teruk.

Untuk memastikan bahawa anda mengambil magnesium secukupnya, ambil bersama suplemen kalsium yang turut mengandungi magnesium. Ini kerana magnesium beserta kalsium akan memberi kesan yang lebih baik.

3) Vitamin D

vitamin d

Vitamin D boleh didapati dalam produk tenusu. Ia juga dihasilkan oleh kulit ketika mana berada di bawah cahaya matahari. Bagi mereka yang mengambil beberapa produk tenusu serta terlibat dengan aktiviti luar mungkin tidak mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Pengambilan vitamin D mungkin tidak menjurus secara langsung terhadap simptom PMS, namun vitamin ini memainkan peranan tambahan yang penting iaitu membantu penyerapan dan metabolisma kalsium. Kekurangan vitamin D mungkin menjadi punca sekiranya simptom PMS yang berkaitan dengan kalsium tidak bertindak balas dengan suplemen kalsium yang diambil. Oleh itu, pastikan suplemen kalsium/magnesium yang anda ambil turut mengandungi vitamin D.

4) B Complex

vitamins-B

B Complex merupakan salah satu vitamin yang berkait rapat dengan sistem hormon wanita. Vitamin B diperlukan untuk pengawalan tahap estrogen dengan lebih berkesan. Tahap estrogen akan meningkat sekiranya kandungan vitamin B tidak mencukupi, Maka ini akan menyebabkan simptom PMS akan menjadi lebih buruk.

Kajian menunjukkan bahawa ramai wanita yang mengalami beberapa masalah kemurungan pra haid terutamanya apabila turut bercampur dengan keletihan, kelesuan merasa lebih baik setelah mengambil B Complex. Termasuklah bagi yang menghadapi simptom lain seperti sakit kepala, tekanan dan perubahan emosi.

Selain itu, B complex juga sangat membantu magnesium membawa mineral ke dalam sel. Tambah pula, B Complex akan meningkatkan tahap magnesium dalam sel darah merah dan memberi kesan yang lebih baik terhadap simptom PMS.

5) Zink

Zinc

Zink terdapat dalam semua tisu manusia dan terlibat dalam fungsi yang pelbagai seperti tindak balas imun, penyembuhan, sintesis protin, metabolisma, kematangan seksual, kesuburan, bau dan rasa. Ia diperlukan terutamanya ketika pembahagian sel, pembentukan hormon dan pembinaan tisu.

Sekiranya seseorang wanita kekurangan zink, tisu-tisu badannya akan mengorbankan zink mereka bagi membekalkan zink kepada uterus apabila diperlukan. Ia dilihat seperti membantu uterus, namun keadaan ini tidak diingini oleh tisu-tisu lain kerana mereka juga memerlukan zink yang mencukupi.

Kekurangan zink dalam badan wanita juga akan merendahkan ketahanannya dalam melawan jangkitan. Ini boleh dilihat apabila wanita sebelum haid cenderung untuk mendapat penyakit ringan seperti selsema.

Tambahan pula, keperluan zink yang tidak mencukupi menjadikan wanita mengalami jangkitan yang teruk atau keradangan jerawat seperti mana yang dialami oleh kebanyakan wanita ketika sebelum haid. Di samping mengalami sakit kepala, kegelisahan dan cepat marah.

6) Vitamin C

vita C

Vitamin C merupakan antioksidan yang melindungi sel membran halus dan hormon wanita daripada rosak. Jika anda merokok atau sesiapa sahaja di sekeliling anda yang merokok, menambahkan vitamin C dalam diet sangat penting untuk membantu menyembuh dan mengekalkan ketahanan kapilari dan pembuluh darah.

Seseorang wanita memerlukan vitamin C ketika mana menghadapi kitaran haid untuk pembentukan tisu baru dan menguatkan pertumbuhan sel. Vitamin C juga membantu menghasilkan, melindungi dan memulihkan hormon stress. Semakin anda merasa stress, semakin banyak vitamin C yang anda perlukan yang mana wanita sering mengalami stress ketika mana haid.

7) Eicosapentaenoic Acid (EPA)

epa

EPA merupakan salah satu daripada asid lemak yang berfungsi sebagai blok bangunan bagi sesetengah hormon yang dipanggil prostaglandins. Pengambilan EPA dalam diet dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit kepala, retensi air, keradangan, sakit tekak dan ruam kering di muka dan leher. Cara mudah untuk mendapatkan sumber EPA adalah daripada suplemen. Suplemen EPA yang terbaik adalah ia turut mengandungi sejenis asid lemak yang dipanggil DHA (Docosahexaenoic Acid).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge