Cegah Simptom PMS Dengan Vitamin Semulajadi

Bagi wanita, mengalami simptom Pre-Menstrual Cycle (PMS) semasa pra haid bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Simptom-simptom yang dialami menyebabkan segala aktiviti tergendala yang mana akhirnya mengganggu produktiviti kerja seharian. Malah, lebih memburukkan keadaan, sesetengah wanita terpaksa terlantar di atas katil seharian suntuk disebabkan simptom yang dialami terlalu teruk.

Maka, tidak hairanlah ramai wanita sanggup ikhtiar apa sahaja untuk mengatasi simptom tersebut. Pelbagai petua dan pantang larang  turut diambil kira bagi melegakan simptom PMS yang menyakitkan. Namun, apa yang menyedihkan ialah apabila segala petua dan pantang larang tersebut tidak membantu sama sekali. Akhirnya, terpaksa menanggung kesakitan yang berpanjangan.

pms-w

Walaubagaimanapun, terdapat satu cara lain untuk merawat simptom PMS iaitu dengan pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin sebenarnya sangat digalakkan kepada wanita sama ada mengalami simtom PMS mahupun tidak. Ini kerana wanita umumnya memerlukan nutrisi yang lebih berbanding lelaki. Meskipun begitu, pengambilan vitamin dikatakan sangat membantu wanita dalam melegakan simptom PMS dengan lebih baik.

Dalam pada mencari vitamin, kita mestilah merujuk kepada sejauh mana vitamin tersebut selamat dimakan. Ini kerana, bukan sahaja keberkesanan diambil kira, malah turut memastikan bahawa vitamin tersebut tidak mengganggu dan menjejaskan mana-mana anggota bahagian badan yang lain. Dan vitamin yang memenuhi segala kriteria tersebut boleh didapati daripada vitamin Shaklee.

Set vitamin Shaklee yang dicadangkan bagi merawat simptom PMS ialah Ostemetrix, B-Complex dan GLA Complex. 

  1. Ostemetrix

oste-matrix

Ostemetrix merupakan vitamin yang padat dengan kalsium. Ia juga turut mengandungi magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes, dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan dalam tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh bagi mereka yang mengalami simptom PMS. Kajian membuktikan dengan pengambilan 1,000 mg kalsium dan magnesium serentak boleh membantu meringankan sakit haid serta membantu membuang air kecil

2) B-Complex

b-complex shaklee

B-Complex merupakan asid folik yang mengandungi kadar keboleh serapan (biodaivailability) yang tinggi. Ini kerana asid folik sebenarnya tidak mudah diserap oleh tubuh hampir 99% asid folik yang berada dipasaran adalah berdasrkan sintetik. Bagi wanita yang mengalami PMS, B – Complex yang juga dikenali sebagai vitamin anti-stress ini membantu untuk melawan tekanan yang disebabkan oleh sipmtom PMS seperti sakit kepala, tekana, kemurungan dan insomnia.

B-Complex juga turut membantu untuk meredakan kerisauan, keresahan, dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

3) GLA Complexgla-complexKebanyakan GLA (Gamma-Linolenic Acid) yang tersedia di pasaran dihasilkan daripada EPO (Evening Primrose Oil), manakala GLA Shaklee diekstrak daripada Borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO. GLA-Complex sangat membantu wanita dalam mengawal selia hormon estrogen dan testosteron yang mana GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sipmtom PMS seperti perubahan emosi, retensi air dan sakit di bahagian payudara.

———-

Vitamin-vitamin di atas merupakan vitamin yang boleh membantu melegakan simptom PMS yang di alami oleh segelintir wanita. Meskipun PMS tidak dikategorikan sebagai penyakit yang merbahaya, langkah pencegahan dan rawatan itu sangat perlu dilakukan. Malah, berhadapan dengan simptom-simptom PMS kadangkala sangat memeritkan. Oleh itu..

Usah bertangguh lagi! Bertindak sekarang untuk menjalani kehidupan mendatang tanpa ditemani oleh simptom PMS yang menyakitkan. Klik di bawah..

beli-sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge