PMS? Kenali Punca Dan Simptom

Pernah alami situasi ini semasa hendak haid?

Awak ni kenapa?
Emm, biasalah tu.. PMS..

Ya, PMS atau panggilan saintifiknya Premenstrual Cycle (PMS). Umumnya, PMS ini merujuk kepada simptom yang di alami oleh sebahagian wanita semasa pra-haid sama ada dari segi fizikal ataupun emosi. Selalunya simptom ini berlaku dalam masa 1 hingga 2 minggu sebelum bermulanya haid.

Setiap wanita mengalami simptom PMS yang berbeza-beza. Maksudnya tidak semua wanita mempunyai simptom PMS yang sama dalam satu-satu masa. Dan biasanya simptom tersebut akan berkurangan setelah datangnya haid.

period-pain

Simptom PMS

Simptom PMS terdiri dari segi fizikal dan emosi. Antara simptom yang sering di alami ialah..

  • Pening kepala
  • Jerawat
  • Kembung perut
  • Keletihan
  • Perubahan selera
  • Insomnia
  • Sensitif
  • Mudah marah
  • Perubahan emosi

PMS-Symptoms

Punca PMS

Tiada punca khusus yang boleh dikaitkan dengan simptom PMS. Namun, kebanyakannya mengaitkan dengan ketidakseimbangan hormon wanita. Di mana semasa pra-haid, hormon estrogen meningkat berbanding hormon progestrogen. Punca berlakunya ketidakseimbangan hormon ini pula biasanya melibatkan pengambilan gula yang berlebihan, kafein, stress, hormon dalam produk tenusu dan daging serta pencemaran alam sekitar.

Cara Atasi PMS

Umumnya, tidak semua cara berkesan kepada semua orang. Namun, beberapa langkah boleh di ambil untuk mengurangkan serta melegakan simptom tersebut.

  • Senaman

exercise

Bunyinya seperti biasa, meskipun begitu tahukah anda bahawa dengan senaman, sedikit sebanyak boleh membantu untuk menstabilkan hormon wanita. Di tambah pula dengan kepentingan senaman untuk meningkatkan tahap kesihatan serta melegakan tekanan stress yang dihadapi.

  • Gaya pemakanan

Woman cupping green apple above chocolate bars

Ya, mengubah sesuatu yang biasa dilakukan sehingga menjadi gaya hidup bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Walaubagaimanapun, ia sangat penting demi kesihatan kita untuk jangka masa yang panjang. Kurangkan pengambilan gula, kafein, produk tenusu yang berlebihan.

  • Suplemen / Vitamin

vitamin 2

Kekurangan nutrisi hasil daripada pemakanan yang diambil sedikit sebanyak menjejaskan organ badan untuk berfungsi dengan optimum. Menambah pengambilan suplemen / vitamin boleh membantu menambah nutrisi yang berkurangan.

Mengalami simptom PMS merupakan sesuatu yang biasa di alami oleh sebahagian wanita. Meskipun begitu, untuk merasa bebas daripada simptom yang menyakitkan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Oleh itu, sentiasa positif dalam menghadapi ‘pengalaman sementara’ ini di samping mencari ikhtiar untuk merawat gejala PMS.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge