Saya Ingatkan Cuma Senggugut Biasa, Rupanya..

Assalamualaikum semua..

Perkongsian kali ini merupakan pengalaman saya sendiri mengalami Cyst kira-kira 7 tahun lalu. Meskipun sudah hampir sepuluh tahun, namun peristiwa tersebut masih tetap segar di ingatan. Ketika itu masih bersekolah dan berada di Tingkatan 5. Pada saya, mengalami senggugut merupakan simptom biasa. Suatu keadaan yang normal pada semua gadis. Apatah lagi melihat kebanyakan rakan yang turut mengalami senggugut ketika haid. Malah ada yang lebih teruk sehingga terpaksa baring di katil seharian suntuk.

Hari berganti hari, dan saya merasakan bahawa saya mengalami simptom lain ketika senggugut. Ada ketika, setiap kali senggugut menyerang, saya tidak mampu untuk bernafas dengan baik. Badan tidak boleh bergerak seperti biasa kerana saya perlu bernafas secara perlahan-lahan kerana setiap kali bernafas seolah-olah menguatkan lagi rasa sakit di bahagian bawah perut. Situasi berikut biasanya mengambil masa 10-15 minit barulah sakit tersebut beransur hilang.

Ya, begitulah situasi yang perlu saya alami setiap kali menjelang haid. Namun, lama kelamaan, rasa sakit tersebut semakin teruk. Sehinggakan saya tidak mampu untuk bangun. Hanya terbaring lemah, kerana sakit yang amat sehingga saya tidak langsung berasa lapar meskipun seharian tidak makan.

period-what-it-feels-like

Suatu malam, oleh kerana tidak tahan rasa sakit, saya terpaksa menghubungi ayah disebabkan saya tinggal di asrama. bertemankan adik lelaki, saya di bawa ke HKL. Menunggu giliran dipanggil meskipun jam sudah menginjak tengah malam. Doktor meminta saya melakukan ujian air kencing kerana beliau suspek saya mungkin mengalami apendiks. Namun apabila keputusannya negatif, doktor minta ujian air kencing dilakukan semula beserta scan.

Hasilnya, doktor mengesahkan saya mempunyai cyst di bahagian ovari. Namun, doktor tidak bercadang untuk melakukan pembedahan kerana saiz cyst tersebut masih kecil dalam 2cm lebih. Akhirnya, doktor meminta saya datang semula ke hospital setelah 6 bulan kemudian untuk melihat perkembangan pertumbuhan cyst tersebut. Sama ada cyst tersebut semakin membesar ataupun semakin mengecil.

Setelah 6 bulan berlalu, saya datang semula ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika berjumpa doktor, beliau berkata..

‘Tak ada dah’

doctor-shrug-

Saya blurr.. tidak tahu hendak respon bagaimana, mungkin kerana tidak punya pengetahuan mengenai cyst tersebut. Doktor beritahu bahawa saya tidak perlu lagi datang ke hospital. Kata orang case closed! Sehingga kini saya sendiri tidak tahu bagaimana cyst tersebut boleh hilang. Alhamdulillah.

Kini, saya cukup berjaga-jaga tentang cyst. Malah setiap kali rasa senggugut ataupun sakit ketika haid, saya pasti berasa risau. Sehingga saya pernah membuat scan di klinik swasta ketika di universiti semata-mata untuk memastikan bahawa cyst saya tidak kembali dan syukur keputusannya tetap negatif. Haid saya tidak teratur serta masih senggugut menyebabkan saya resah.

Sehinggalah suatu hari saya secara tidak sengaja diperkenalkan dengan GLA Complex Shaklee. Meskipun saya pernah mengambil suplemen Shaklee yang lain, saya belum pernah mengambil GLA Complex. Kebetulan, ada seorang rakan beri saya GLA tersebut. Katanya ibunya yang beri namun beliau tidak makan.

Bulan pertama makan GLA Complex, saya mula merasa perubahan pada senggugut ketika hendak haid. Tidak sekuat seperti sebelumnya. Melihat perubahan tersebut, Akhirnya, saya beli sendiri GLA Complex. 5 – 6 bulan berlalu dan akhirnya saya sudah hilang rasa senggugut. Malah haid saya kembali teratur. Alhamdulillah, syukur!

gla-complex

Kini, sudah hampir 3 tahun saya amalkan GLA Complex. Rasa seolah-olah tidak percaya yang kini rasa senggugut saya sudah hilang. Untuk mengelakkan dan mencegah cyst tersebut berulang, saya turut mengamalkan beberapa suplemen Shaklee yang lain. Supaya dengan ikhtiar ini boleh mengelakkan kejadian lama berulang.

Ini adalah kisah saya bagaimana saya pernah mengalami cyst ketika umur masih remaja. Jika anda turut mengalami haid yang tidak teratur beserta rasa senggugut yang kuat, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Dan jika anda ingin mencuba suplemen Shaklee bagi masalah haid tidak teratur ataupun senggugut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan cadangan yang terbaik.

Sekian,

Solehah Khidir

013.211.7499

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge