Cara Kurangkan Senggugut Dengan Berkesan

Assalamualaikum semua. Semoga sihat sentiasa hendaknya.

Wanita dan senggugut sukar untuk dipisahkan. Walaupun bukan semua yang mengalaminya, namun ia tetap menjadi topik yang hangat. Saya masih ingat lagi ketika di bangku sekolah, setiap kali senggugut, rakan kata..

‘Alah, perempuan.. biasalah tu senggugut..’

Seolah-olah ia merupakan perkara normal yang tidak perlu dirisaukan dan bukan satu perkara yang besar.

Tapi..

Lama kelamaan, kita mula rasa terganggu dengan keadaan senggugut kan? Mana taknya, kita terpaksa melalui keadaan-keadaan seperti ini..

  • Terbaring lemah atas katil.
  • Craving sesuatu makanan.
  • Sakit pinggang yang berpanjangan.
  • Sakit di bahagian rahim.
  • Mood swing.
  • Bad mood.

Akhirnya, kita akan selalu bagi alasan tak boleh nak buat sesuatu perkara disebabkan senggugut.

Jika sebagai seorang pelajar, terpaksa skip kelas atau kuliah.

Jika sebagai seorang pekerja, terpaksa minta cuti ataupun lesu sahaja di tempat kerja.

Jika sebagai seorang isteri, terperuk sahaja di dalam bilik, satu kerja pun tak jalan.

Sedihkan bila jadi macam tu? Setiap bulan nak kena hadap perkara macam ni.

 

Persoalannya..
 Sampai bila?

 

Sampai bila nak bagi alasan sakit senggugut?

Pernah tak terfikir tentang cara hilangkan senggugut?

Hidup bebas dengan senggugut?

Mesti seronokkan?

Punca Senggugut

Soal senggugut bukanlah suatu topik baru. Pelbagai mitos dan pendapat dikaitkan dengan sakit senggugut ni. Dari segi istilah perubatan, senggugut dikenali sebagai dysmenorrhea. Iaitu merujuk kepada kesakitan yang dialami ketika haid.

Ada dua jenis senggugut yang perlu kita ketahui:

1- Senggugut Primer

2- Senggugut Sekunder

 

Senggugut Primer

Senggugut Primer merupakan senggugut biasa yang dialami oleh wanita. Rasa sakit tersebut boleh berulang-ulang dan tidak melibatkan penyakit lain. Kesakitan tersebut biasanya bermula beberapa hari sebelum datang haid atau apabila mula berlaku pendarahan haid. Selalunya kita akan berasa sakit di bahagian bawah atau belakang abdomen dan juga paha.

Bagi sebahagian wanita, sakit senggugut akan mula berkurang apabila umur mula meningkat. Malah sebahagiannya tidak lagi merasa senggugut setelah melahirkan bayi.

Senggugut Sekunder

Senggugut jenis sekunder agak berbeza dengan jenis senggugut primer. Ini kerana, rasa sakit senggugut yang dialami adalah disebabkan oleh gangguan dalam organ-organ pembiakan wanita.

Contohnya beberapa keadaan seperti cyst, fibroid, endometriosis dan lain-lain yang berkaitan. Rasa sakit senggugut jenis ini biasanya bermula ketika awal haid dan sakitnya agak berpanjangan berbanding senggugut biasa.

Sakit senggugut berpunca daripada penguncupan otot rahim yang disebabkan oleh sejenis hormon iaitu ‘prostaglandin’ yang berlebihan. Ketika haid, rahim menguncup dengan lebih kuat.

Apabila keadaan tersebut berlaku, ia boleh menekan salur darah yang berdekatan dan mengurangkan bekalan oksigen kepada tisu otot rahim seterusnya menyebabkan kesakitan berlaku.

Cara Hilangkan Senggugut

Antara tips yang boleh diamalkan :

-> Tuam dengan air suam

Ambil kain dan rendam dengan suam. Tuam kain tersebut di bahagian abdomen dan urut dengam perlahan.

-> Melakukan senaman ringan

Senaman ringan seperti malakukan regangan, berjalan ataupun berbasikal boleh meningkatkan aliran darah dan mengurangkan rasa sakit.

-> Mengawal pemakanan

Pengambilan kafein dikatakan akan menyebabkan sakit.senggugut bertambah buruk dan teruk. Oleh itu, elakkan pengambilan kafein ketika mana anda mula haid.

ADA CARA LAIN KE?

Ya!

Tahukah anda bahawa pengambilan beberapa jenis vitamin dan mineral sangat membantu dalam mengatasi senggugut.

1) Vitamin B

Pengambilan vitamin B sangat membantu dalam mengatasi gejala-gejala awal senggugut seperti sakit kepala, mood swng dan tekanan.

2) Kalsium

Pengambilan kalsium ketika haid membantu melegakan otot rahim semasa senggugut berlaku. Malah, pengambilan kalsium beserta magnesium dan vitamin D memberi kesan yang lebih baik.

3) GLA (Gamma Linolenic Acid)

Pengambilan GLA sangat terkenal dalam kecantikan wanita. Malah, ia juga penting dalam mengawal selia hormon dengan lebih baik dan terkawal seterusnya membantu mengurangkan sakit senggugut.

MACAM MANA NAK DAPAT SEMUA VITAMIN INI?

Kini, anda boleh atasi senggugut dengan mudah dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Di Shaklee, anda boleh mendapat kesemua vitamin B yang lengkap hanya dalam B-Complex.

b-complex shaklee

Sumber kalsium pula ada dalam Ostemetrix. Lengkap dengan kandungan Magensium serta vitamin D.

oste-matrix

Manakala GLA pula dapat diperoleh daripada GLA Complex. Khas daripada estrak minyak Borage.

gla-complex

Berminat?

Anda boleh terus sahaja klik di icon di bawah untuk terus merealisasikan impian anda untuk segera bebas senggugut. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi sahaja di talian 013.211.7499.

beli-sekarangSalam Sayang

Solehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge