5 Jenis Makanan Ini Bantu Melegakan Senggugut

Senggugut?

Kadangkala macam-macam dah buat nak hilangkan senggugut, namun sakitnya masih tidak hilang.
Puas dah mencuba macam-macam, hasilnya tetap begitu.

Walaubagaimanapun, ada satu aspek yang kita boleh ambil kira dalam mengurangkan sakit senggugut. Termasuklah kekejangan otot yang disebabkan oleh senggugut iaitu aspek pemakanan.

Hakikatnya, aspek pemakanan ini sangat mempengaruhi keadaan badan kita. Begitu juga dalam soal senggugut.

Ada beberapa makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit senggugut.

1- Omega-3

omega3-foods-

Kandungan Omega-3 sangat membantu gejala sengggut di samping baik untuk kestabilan hormon. Malah, pengambilan Omega 3 juga bertindak sebagai anti-radang dan bengkak.

Antara makanan yang kaya dengan Omega 3 ialah salmon dan telur.

2. Kalsium

sesameseeds

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium ketika haid sangat membantu dalam mengurangkan gejala senggugut.Walaubagaimanapun, pengambilan sumber kalsium daripada produk tenusu sangat digalakkan.

Ini kerana produk tenusu boleh memburukkan lagi gejala senggugut. Anda boleh mendapatkan sumber kalsium daripada almond, biji bijian dan sayuran hijau.

3. Pisang

banana

Makan pisang sebelum dan semasa kitaran haid sangat membantu mengurangkan kekejangan otot disebabkan senggugut.

4. Teh

mint-tea1

Pengambilan kafein bagaimanapun sangat tidak digalakkan ketika senggugut kerana boleh memburukkan lagi keadaan.

Walaubagaimanapun, jenis teh juga boleh membantu dalam beberapa simptom. Contohnya, teh hijau boleh membantu dalam mengurangkan kekejangan dan teh pudina juga boleh melegakan sakit perut.

5. Biji Bunga Matahari

sunflower-seeds

Biji bunga matahari mengandungi vitamin E yang boleh membantu mengurangkan gejala senggugut seperti kekejangan otot. Malah, vitamin E juga merupakan salah satu antioksida yang bertindak sebagai anti-radang dan mengurangkan bengkak.

Begitu juga dengan pengambilan air kosong. Air juga sangat penting bukan sahaja ketika senggugut malah untuk kesihatan yang menyeluruh.

Moga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge