Keputihan : Ketahui Faktor Dan Cara Penjagaan Faraj

Keputihan merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi kepada semua wanita. Ada yang mengalaminya dan ada yang tidak.

Bagi yang mengalaminya pula, tidak semua mempunyai situasi yang sama. Ini kerana keputihan tersebut boleh terjadi dalam pelbagai bentuk.

Keputihan umumnya merupakan rembesan daripada faraj. Rembesan ini boleh berlaku dalam pelbagai rupa

  • Tebal, bewarna pucat atau nipis
  • Bewarna jernih, putih, mendung, berdarah, kuning atau hijau
  • Tidak berbau atau bau busuk

Di samping itu, kulit faraj dan sekitarnya juga boleh berasa gatal-gatal disebabkan keputihan. Namun ada juga keadaan di mana kegatalan pada faraj berlaku dengan sendiri ataupun disebabkan oleh faktor lain.

Kelenjar di pangkal rahim dan dinding faraj biasanya akan menghasilkan lendir yang bewarna jernih. Keadaan ini sangat biasa bagi umur wanita yang boleh melahirkan anak.

Walaubagaimanapun, rembesan tersebut boleh bertuka warna kepada putih dan uning sekiranya terdedah kepada udara.

Malah, jumlah lendir yang dihasilkan juga akan berbeza apabila kitaran haid berlaku kerana perubahan tahap hormon dalam badan.

Faktor – Faktor Yang Menyebabkan Keputihan Menjadi Banyak

Jumlah keputihan normal boleh menjadi banyak disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :

  • Jangkitan yang merebak semasa hubungan seksual.
  • Jangkitan yis di faraj yang disebabkan oleh kulat.
  • Menopause dan tahap estrogen rendah yang boleh membawa kepada kekeringan faraj
  • Bahan kimia yang ditemui dalam detergen, pelembut kain, semburan feminin, salap, krim, jeli atau krim, yang boleh menyebabkan berlaku iritasi dan ketidakselesaan di faraj atau kulit di sekitar faraj
  • Kanser serviks, vagina, tiub rahim atau fallopio. Faktor-faktor ini jarang berlaku
Cara Penjagaan Faraj

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan, pastikan bahagian faraj sentiasa bersih dan kering. Basuh kemaluan dengan air biasa dan elakkan penggunaan air pencuci.

Ini kerana ia akan membuang bakteria baik yang berada di sekitar faraj. Bakteria ini berfungsi untuk melawan faraj daripada jangkitan kuman.

Memakai pakaian yang longgar, dan sentiasa lap dan keringkan kawasan faraj selepas keluar daripada tandas.

Amalkan juga pengambilan makanan atau makanan tambahan yang bersifat anti bakteria supaya membantu melawan jangkitan.

Jika keputihan anda terlalu teruk dan merunsingkan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

7 thoughts on “Keputihan : Ketahui Faktor Dan Cara Penjagaan Faraj

  1. Penjagaan dalaman bg mengelakkan penyakit

  2. terima kasih atas perkongsian.bawang putih pun majanan semulajadi yg antikulat kan?

  3. Penjagaan dalaman amatlah penting kerana keputihan yg teruk blh mnyebabkan kesukaran utk hamil

  4. Keputihan tak kira masa, pastikan bagi yang ibu hamil boleh cegah keputihan yang keterlaluan dengan amalkan garlic complex. Pengalaman ambil garlic complex berkesan sangat dapat kurangkan keputihan. sebab keputihan tu bakteria..
    AyuRosman recently posted…Cara Membantu Mengatasi Masalah Gout Dengan BerkesanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge