Hati – Hati Dengan Pedang Masa

Soal masa seringkali menjadi suatu topik yang seringkali diperingatkan kepada semua orang. Sama ada yang muda remaja, dewasa sehinggalah kep peringkat tua. Tentunya perlu menitikberatkan tentang masa.

Hal ini juga telah dikupas oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya RNR Hati. Kata beliau..

‘Dua saat yang telah berlalu dalam hidup kita, tidak mampu dikejar walau dengan pesawat selaju gerakan cahaya. Dua saat itu akan menjadi saksi sama ada diisi dengan pahala, dosa atau sia-sia. Kita tidak dapat memutarkan jarum masa itu ke belakang. Ini kerana masa itu umpama air sungai yang mengalir’

Tambah beliau lagi..

‘Apabila kita memijak air yang mengalir itu, kita tidak mampu lagi memijak air yang sama yang kita pijak tadi. Ia terus berlalu tanpa menunggu kita. Masa adalah nyawa kita.’

Kadangkala kita selalu lupa tentang mahalnya masa, ada masa kita yang berlalu begitu sahaja. Sehingga kita tidak sedar betapa masa sudah jauh meninggalkan kita di belakang terutamanya apabila kita mempunyai masa yang lapang.

Di dalam buku tersebut juga menyebut perihal manusia suka bertangguh. Ada 3 sebab suka bertangguh yang dinyatakan oleh penulis. Meskipun belliau banyak memberi penekanan kepada golongan remaja, namun wajar untuk kita turut sama mengambil panduan.

1- Anti Membuat Keputusan Yang Muktamad

Budaya selamba dan relaks menyebabkan kita kita sentiasa berada di zon yang selesa tanpa perlu berhijrah ke zon yang lebih mencabar. Istilah ‘nanti dulu’, ‘kejap lagi’ bukan ertinya akan melakukannya tetapi tidak melakukannya sama sekali.

Akibatnya banyak hal dan keputusan yang bertangguh. Ke kanan tidak, ke kiri pun tidak.

Penulis juga menyatakan bahawa menurut pakar psikologi, membuat keputusan yang salah adalah lebih baik daripada tidak membuat sebarang keputusan langsung.

Malah, tidak salah jika mengambil masa untuk membuat keputusan sekiranya dalam tempoh tersebut digunakan untuk mengumpul maklumat dan fakta supaya dapat membuat keputusan yang terbaik

2 – Anti Tugasan Rumit Dan Tidak Menyeronokkan

Kadangkala, kita tidak suka melakukan tugasan yang susah dan complicated yang mana akhirnya kita bertindak untuk tidak melakukannya. Walhal banyak kisah kejayaan yang memerlukan kita melakukan sesuatu di luar zon selesa.

3- Anti Tekanan

Siapa yang suka berasa tertekan? Jawapannya tiada siapa yang suka berada di dalam keadaan yang tertekan. Namun berada dalam tekanan yang terkawal sebenarnya sangat baik untuk mendorong kita melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik.

Kata penulis setiap kali berdepan dengan persoalan yang rumit, ingatkan pada diri bahawa di situlah letaknya kunci kejayaan dan kecemerlangan kita.

Jika kita mengelak, sama sekali kita menolak kejayaan. Semakin rumit atau sukar tugasan itu sebenarnya, semakin besarlah kejayaan yang bakal dikecapi sekiranya kita mampu melakukan tugasan itu.

Ya, begitulah sedikit sebanyak kupasan penulis tentang perihal masa. Moga kita sama-sama sentiasa memanfaatkan setiap saat yang kita miliki..

Sedangkan masa itu umpama pedang, jika kita tidak bertindak ke atasnya, ia akan memancung kita. ‘Pedang’ masa sudah banyak meragut mangsanya..

(Pahrol Mohd Juoi)

6 thoughts on “Hati – Hati Dengan Pedang Masa

  1. Masa itu emas. Kalau dibazirkan macam air seja dia mengalir

  2. Masa adalah cabaran paling besar.. Terlalai sikit maka terbuanglah ia..

  3. Perkongsian sangat bermanfaat. Kita selalu lalai menjaga masa ni.

Leave a Reply to Nija Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge