Gagal Sebelum Gagal

Seringkali kita tidak melakukan sesuatu kerana kita takut gagal. Belum lagi berjuang di ‘medan peperangan’ kita sudah terlebih dahulu mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah.

Sepertimana dalam tulisan Pahrol Mohd Juoi dalam RNR Hati menegaskan bahawa..

‘Takut perlu diletakkan pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Jangan takut bukan pada tempat, suasana dan keadan yang sesuai. Oleh itu saya ingin bertanya, kenapa  kita takut gagal sebelum gagal dalam erti kata sebenar?’

Menurut beliau lagi, adalah sangat rugi jika kita takut pada masa sekarang kerana ia akan menggugat perasaan kita untuk berusaha dengan lebih gigih.

Bertanding Dengan Diri Sendiri

Bertandinglah dengan diri sendiri. Malulah kalau kita kalah dengan diri sendiri. Bertandinglah dengan diri sendiri dengan mengalahkan rasa malas, menundukkan sifat malu tidak bertempat, mengatasi rasa takut yang tidak kena pada masanya serta pelbagai lagi sifat negatif.

(Pahrol Mohd Juoi)

Tidak perlu bertanding dengan orang lain sebaliknya, kerahkan segala usaha dan tenaga secara optimum dan lakukan semampu mungkin seiring dengan matlamat yang kita impikan.

Laluan setiap manusia itu berbeza, kerana itu membandingkan apa yang kita lalui dengan orang lain bukanlah satu sikap yang boleh diamalkan. Sebaliknya sentiasa optimis dalam setiap cabaran yang mendatang dalam hidup.

Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama..

6 thoughts on “Gagal Sebelum Gagal

  1. cabaran utama utk bersaing adalah diri sendiri dan bukannya org disekeliling kita..

  2. “Laluan setiap manusia berbeza kerana itu membandingkan apa yang kita lalui.” Deep ayat ni.

  3. Btl tu..takut kena pd tempatnya..

  4. cabaran bermula dengan diri sendiri. kuatkan semangat melawan anasir negatif. semoga berjaya solehah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge