5 Tips Atasi Perubahan Emosi Ketika Haid

Perubahan emosi ataupun kita panggil mood swing merupakan perkara biasa yang sering dialami ketika haid. Keadaan ini mungkin berbeza kepada setiap wanita. Ada yang mula mengalami perubahan emosi ketika beberapa hari sebelum haid ataupun semasa haid. Apatah lagi jika turut mengalami senggugut.

Namun, tahukah anda ada beberapa perkara yang boleh membantu untuk mengurangkan atau mengatasi perubahan emosi yang berlaku.

1- Senaman

Melakukan aktiviti senaman boleh membantu emosi menjadi lebih baik. Ini kerana, pengeluaran hormon endorphin yang dikeluarkan ketika senaman dipercayai membuatkan mood kita menjadi semakin baik.

2- Pemakanan

Aspek pemakanan juga perlu dijaga sebaiknya ketika haid seperti mengelakkan pengambilan kafein dan makanan bergula dengan banyak. Ini kerana makanan tersebut akan memburukkan lagi keadaan kita semasa haid.

Amalkan juga megambil makanan yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa ‘craving’ yang melampau

3- Hobi

Lakukan hobi yang anda gemari bagi membantu emosi dalam keadaan yang lebih baik dan gembira.

4- Pengurusan Stress

Stress sangat menyumbang kepada emosi yang lebih teruk. Elakkan diri anda berada dalam keadaan stress yang melampau.

5- Suplemen Kalsium

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kalsim 2 kali sehari boleh membantu mengurangkan rasa keletihan dan tekanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge