Vitamin B Dan Haid – Apa Kaitannya?

Simptom – simptom sebelum dan semasa haid merupakan perkara biasa bagi wanita pada setiap bulan. Gejala tersebut boleh jadi sama dan berbeza bagi setiap wanita.

Ada yang mengalami perubahan emosi, stress, kembung perut, muntah, sakit kepala an sebagainya.

Penggunaan herba, mineral dan vitamin dikatakan sangat membantu wanita dalam mengurangkan atau mengatasi simptom – simptom wanita ketika haid. Antara vitamin yang membantu ialah vitamin B.

Vitamin B merupakan antara vitamin yang memberi kesan yang baik kepada kitaran haid wanita. Termasuklah melegakan simptom yang berlaku sebelum mahupun semasa haid.

Vitamin B mempunyai 8 jenis yang mana kesemua jenis vitamin B ini membantu dalam haid wanita.

1 – B12 (Cobalamin)

Merupakan salah satu jenis vitamin B yang penting buat tubuh badan. Ini kerana, kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan tekanan dan keletihan yang mana merupakan simptom biasa bagi wanita yang mengalami haid.

Malah, vitamin B12 juga boleh meningkatkan tenaga dan keseimbangan fungsi tubuh secara keseluruhan terutamanya semasa dalam tempoh haid.

2 – B9 (Asid Folik)

Asid folik bukan sahaja penting bagi wanita hamil tetapi ia juga sangat membantu wanita haid dalam mengatasi kemurungan, tekanan, perubahan emosi dan juga keletihan.

3 – B7 (Biotin)

Pengambilan Biotin berfungsi untuk mengawal ketidakseimbangan hormon semasa haid. Tambah pula ia turut membantu mengurangkan kekejangan dan keleteihan semasa haid.

4 – B6 (Pyridoxine)

B6 pula membantu mengawal kitaran dan aliran darah haid. Ia membentuk prostaglandin dan juga turut membantu memulihkan paras estrogen yang tidak seimbang semasa haid.

5 – B5 (Asid Pantotenik)

Asid Pantotenik berperanan dalam meningkatkan tenaga dan meredakan tekanan di samping membantu dalam mengurangkan simptom haid seperti keletihan, perubahan emosi dan juga membantu dalam insomnia.

6 – B3 (Niasin)

Niasin membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan bagi melawan keletihan, kekejangan dan perubahan emosi semasa haid. Kekurangan Niasin dalam badan pula boleh meningkatkan iritasi dan keletihan

7 – B1 (Tiamin)

Tiamin merupakan sejenis vitamin B yang membantu menukarkan makanan menjadi tenaga. Selain berperanan dalam sistem kardiovaskular, otot dan saraf, Tiamin juga mempengaruhi tahap tenaga dan perubahan emosi semasa haid.

8 – B2 (Riboflavin)

Riboflavin bukan sahaja berperanan dalam tindakan biokimia utama dalam badan tetapi juga membantu dalam meningkatkan tenaga bagi wanita haid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge