Pengalaman Benar : Haid Mula Teratur Setelah Amalkan Vitamin Semulajadi

Haid merupakan perkara yang berlaku kepada setiap wanita dan pengalaman setiap orang mengenainya juga pasti berbeza-beza. Bermula daripada umur datang haid kali pertama, tempoh haid dan juga soal senggugut atau tidak.

Saya juga punya kisah yang tersendiri. Selain kulit wajah, haid juga merupakan soal sensitif bagi sesetengah orang. Tidak semua orang terbuka untuk bercerita mengenainya apatah lagi jika mempunyai situasi yang berbeza dengan orang lain.

10 tahun lalu, haid saya tidak seperti rakan-rakan sebaya yang lain. Ada masa baik-baik sahaja. Ada masa melebihi tempoh 15 hari. Kerap juga berjumpa dengan guru untuk mengira tempoh haid. Sadis..

Lebih menyedihkan apabila setiap kali haid, saya juga terpaksa berdepan dengan sunggugut yang kuat. Sehingga umur 17 tahun, saya mula tak tahan. Haid tak menentu dan juga sakit senggugut yang teruk sehingga ada masa saya tak mampu untuk bangun. Seharian terlantar sampaikan lapar pun tak terasa dek kuatnya rasa sakit hingga sukar untuk bernafas.

Akhirnya malam itu saya dibawa ke HKL, awalnya doktor suspek apendik kerana saya sakit di sebelah bahagian perut. Namun setelah buat pemeriksaan tenyata bukan apendiks.

Kemudian doktor suruh saya buat scan. Ketika itulah doktor baru mengesahkan bahawa saya ada cyst berdekatan rahim. Pertama kali dengar saya rasa biasa saja. Mungkin tak pernah dengar perkataan itu.

Ketika itu kata doktor, saya tak boleh dibedah untuk membuang cyst kerana cyst saya sangat kecil dalam 2cm lebih sahaja. Perlu tunggu 6 bulan seterusnya untuk lihat sama ada cyst tersebut membesar atau tidak.

Saya pandang saja ubat-ubat yang banyak itu, tiada hati nak makan. Hanya telan ubat pil saja, yang lain dibiarkan. Sehingga 6 bulan kemudian, apabila buat pemeriksaan, doktor kata cyst dah tak ada dan tak perlu buat pemeriksaan seterusnya. Agak blur sebenarnya bila doktor kata begitu. Tak tahu nak tanya apa dekat doktor, hanya mengangguk kepala.

Setelah itu, saya mula berjaga-jaga dengan keadaan dan perubahan diri. Walaupun cyst saya dah hilang, saya tetap mengalami senggugut dan haid juga masih tak teratur. Sehinggakan ada satu masa saya buat scan di klinik swasta apabila saya mula rasa sakit seperti dulu. Syukur doktor kata tiada apa. Fobia mungkin.

Sehinggalah suatu hari ada rakan beri saya vitamin. GLA Complex namanya. Saya pernah lihat vitamin tersebut di facebook, namun belum pernah mencubanya.

Saya cari serba sedikit maklumat tentang GLA Complex. Ternyata ia sangat bagus untuk wanita dari segi kitaran haid dan hormon. Setiap hari hari saya konsisten makan, sehingga habis satu botol dan saya mula perasan, senggugut saya mula berkurangan.

Bulan seterusnya, saya mula membeli sendiiri GLA Complex dan beberapa vitamin lain yang baik untuk hormon dan rahim seperti vitamin B, vitamin C, multivitamin dan juga protin soya.

Alhamdulillah, kini haid saya mula kembali seperti biasa. Tanpa sakit senggugut dan sakit pinggang ketika haid. Rasa seronok sangat. Siapa sangka dengan vitamin semulajadi ini boleh mengubah hidp saya. Ya, pastinya dengan izin Tuhan bukan?

Oh ya, sekarang saya juga mula amalkan Omega 3. Kata nutritionist, GLA yang mengandungi Omega 6 sangat bagus jika diambil bersama dengan Omega 3 bagi pengawalan hormon yang lebih baik.

Ya, begitulah serba sedikit pengalaman haid saya bersama vitamin semulajadi.

Salam ceria,

Solehah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge