Apa Itu Senggugut? Kenali Punca Dan Jenis Senggugut

Soal senggugut memang sinonim sangat bagi wanita. Ada wanita yang setiap bulan akan rasa sakit senggugut dan ada juga yang tak pernah rasa langsung rasa senggugut. Bagi yang ada senggugut, setiap orang mungkin merasai pengalaman yang berbeza.

Senggugut ataupun disebut sebagai ‘Dysmenorrhea’ bagi istilah perubatan merujuk kepada kekejangan haid yang disebabkan oleh pengecutan rahim yang menyebabkan rasa sakit di bawah bahagian perut. Walaupun senggugut merupakan perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita, kira-kira 10 peratus wanita mengalami senggugut yang teruk.

 

Walaubagaimanapun, ada satu hal yang ramai wanita perlu tahu. Senggugut ada dua jenis.

Primer dan Sekunder.

Senggugut jenis Primer boleh kata senggugut biasa dan normal. Tak ada sangkut paut dengan sesuatu penyakit. Selalunya hanya akan rasa sakit sekejap saja. Walaupun sakit, ia sama sekali tidak membahayakan. Bagi kebanyakan wanita, senggugut tersebut berkurang atau hilang selepas melahirkan anak.

Lain pula ceritanya tentang senggugut sekunder. Senggugut jenis ini umumnya berkaitan dengan sesuatu penyakit. Selalunya melibatkan wanita dewasa dan perlu dirawat dengan ubat-ubatan ataupun pembedahan.

Antara contoh penyakit seperti Ovarian Cyst, Fibroid, Endometriosis.

Bagi yang alami senggugut jenis sekunder, akan mula rasa sakit lebih awal daripada kitaran haid dan rasa sakit tersebut lebih lama daripada senggugut biasa.

Ada sesetengahnya sampai tak boleh bangun, terpaksa terlantar seharian kerana tersangat sangat sakit. Sebab itu, sangat penting untuk setiap wanita kenal pasti jenis senggugut yang dialami.

Jika senggugut jenis sekunder, usah sama sekali pandang remeh. Segera buat pemeriksaan doktor dan buat rawatan susulan.

Sekarang cuba tanya diri sendiri,
Aku senggugut jenis Primer atau Sekunder?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge